AGENDA

SPRM tahan pegawai imigresen disyaki minta rasuah

3 Jul 2020, 2:35 AM
SPRM tahan pegawai imigresen disyaki minta rasuah

SHAH ALAM, 3 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semalam menahan seorang pegawai imigresen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3,000.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 2 petang tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di Pejabat Imigresen Putrajaya itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu bagi meluluskan pelanjutan permit pekerja asingnya yang tamat tempoh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.