AGENSI

Program imarah di masjid, surau diizin mulai esok

2 Jul 2020, 12:11 PM
Program imarah di masjid, surau diizin mulai esok
Program imarah di masjid, surau diizin mulai esok

SHAH ALAM, 2 JULAI: Semua program pengimarahan dibuka semula di seluruh masjid, surau dan musolla di negeri ini bermula esok tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata kebenaran meliputi kuliah subuh, dhuha dan Maghrib serta tazkirah sebelum solat Jumaat.

"Pegawai masjid dan surau perlu menyediakan takwim atau jadual kuliah yang seimbang berdasarkan ilmu teras dianjurkan antaranya akidah, syariah dan akhlak.

"Pengisian kuliah maghrib, subuh dan tazkirah Jumaat secara berkitab harus diutamakan selain mengurangkan kuliah bersifat umum," kata Mohd Shahzihan Ahmad kepada SelangorKini.

Beliau berkata petugas rumah ibadat dilarang menjemput mana-mana penceramah yang tidak mempunyai tauliah atau disenarai hitam.

"Penceramah atau pentazkirah juga diingatkan tidak menyentuh isu sensitif yang boleh memecah belah dan menggugat perpaduan masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.