AGENDA

KKM kaji antibodi bekas pesakit Covid-19 setiap tiga bulan

26 Jun 2020, 1:25 PM
KKM kaji antibodi bekas pesakit Covid-19 setiap tiga bulan

SHAH ALAM, 26 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengkaji antibodi bekas pesakit Covid-19 setiap tiga bulan bagi melihat kesan sampingan pada para-paru dan imuniti badan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian melalui kaedah imbasan mengikut kategori dihidapi bekas pesakit.

"Kajian susulan penting untuk melihat perkembangan dan ketahanan badan bekas pesakit kerana kalau dijangkiti tidak semestinya tidak boleh dijangkiti lagi," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berikut kategori melibatkan bekas pesakit:

1) Kategori satu-tiada gejala

2) Kategori dua-mempunyai gejala

3) Kategori tiga-mempunyai masalah radang paru-paru namun tidak memerlukan oksigen

4) Kategori empat-mempunyai masalah radang paru-paru dan memerlukan oksigen

5) Kategori lima-memerlukan alat bantuan pernafasan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.