AGENDA

KP Kesihatan sasar sifar kes Covid-19 pertengahan Julai

24 Jun 2020, 11:58 AM
KP Kesihatan sasar sifar kes Covid-19 pertengahan Julai

SHAH ALAM, 24 JUN: Malaysia mampu mencatatkan sifar kes Covid-19 pertengahan Julai ini sekiranya rakyat terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sasaran tersebut berdasarkan kes harian rendah yang direkodkan kebelakangan ini.

"Dalam minggu ini kita lihat hanya satu atau dua sahaja kes baharu. Sekiranya rakyat Malaysia terus patuhi SOP mungkin kita akan capai sifar jangkitan pertengahan Julai ini meskipun tanpa vaksin," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas kemungkinan wujud kluster baharu pada majlis perkahwinan yang dibenarkan mulai 1 Julai,

Dr Noor Hisham berkata pihaknya memantau perkara tersebut secara dekat.

"Kita sarankan majlis perkahwinan makan secara hidang bukan bufet, tiada bersalaman dan amalkan jarak sosial. Kehidupan boleh kembali normal dengan amalkan SOP betul," katanya yang menambah pematuhan SOP mengurangkan 65 peratus risiko jangkitan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.