AGENSI

MB: Terus mara, jangan kenang mereka yang tinggalkan KEADILAN

24 Jun 2020, 8:30 AM
MB: Terus mara, jangan kenang mereka yang tinggalkan KEADILAN

SHAH ALAM, 24 JUN: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor terus mara meskipun ada pemimpin meninggalkan parti dan melepaskan jawatan sebelum ini.

Pengerusinya Dato' Seri Amirudin Shari berkata tindakan tersebut tidak menjejaskan keutuhan pentadbiran negeri dan yakin ia tidak berulang lagi.

"Kalau dah keluar, keluarlah. Parti dah buang sejumlah orang. Selangor juga ada lebih kurang 100 individu yang telah diambil tindakan disiplin atau keluar dengan rela.

"Sekarang masa untuk kita terus ke depan. Jangan dikenang mereka yang telah pergi," katanya pada sidang media selepas melancarkan portal Seldec di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Kenyataan itu merujuk tindakan Ahli Dewan Negeri Sementa Dr Daroyah Alwi yang meninggalkan parti pada 13 Jun lalu dan melepaskan jawatan yang disandang.

Amirudin berkata pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Dr Daroyah sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan penggantinya sedang dikenal pasti.

Sementara itu, katanya, 10 jawatankuasa cabang Kapar yang dilantik dalam pemilihan lalu juga masih setia bersama KEADILAN sehingga kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.