AGENDA

Covid-19: Kadar sembuh pesakit umur 16 hingga 18 tahun tinggi

23 Jun 2020, 12:03 PM
Covid-19: Kadar sembuh pesakit umur 16 hingga 18 tahun tinggi

SHAH ALAM, 23 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 346 positif Covid-19 dalam kalangan individu berumur 16 hingga 18 tahun setakat hari ini, kata ketua pengarahnya.

Namun Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar sembuh kumpulan itu lebih tinggi dengan tiada kes rawatan di unit rawatan rapi dan kematian berbanding kumpulan umur lain.

"Kesimpulan tersebut dibuat hasil penelitian KKM yang menunjukkan kes Covid-19 dalam lingkungan umur ini mempunyai kadar penyembuhan lebih baik.

"Secara keseluruhan KKM merekodkan 1,712 kes Covid-19 melibatkan mereka berumur 18 tahun ke bawah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan tiga kes baharu Covid-19 dan sembilan kes pulih hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.