AGENSI

Yide sumbang barangan, wang tunai kepada mangsa kebakaran

23 Jun 2020, 5:06 AM
Yide sumbang barangan, wang tunai kepada mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebuah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Hulu Langat baru-baru ini menerima sumbangan ad hoc barang keperluan asas dan wang tunai daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan bantuan disalur selepas mendapat maklumat daripada amil kariah di kawasan tersebut.

"Bantuan bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide membantu mangsa ditimpa bencana khususnya di Selangor,” katanya yang memaklumkan sumbangan diserahkan Pengurus Operasinya Md Arifin Jaafar.

Sementara itu, penghuni Ahmad Yusof berkata kebakaran berlaku dengan pantas dan memusnahkan ruang hadapan rumah serta bilik utama.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi Yide di talian 017-756 9476.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.