AGENDA

Pawagam dibuka semula mulai 1 Julai, terhad 250 pengunjung

22 Jun 2020, 8:23 AM
Pawagam dibuka semula mulai 1 Julai, terhad 250 pengunjung

SHAH ALAM 22 JUN: Aktiviti pawagam, teater dan acara langsung boleh beroperasi semula mulai 1 Julai ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti berkenaan hanya boleh dijalankan di dewan tertutup dengan had 250 orang pengunjung sahaja.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada kapasiti dewan dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) penjarakan sosial," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan sesi penggambaran filem, drama dan iklan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun dengan perincian SOP yang perlu dipatuhi penggiat seni.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.