ad
AGENDA

Dr M: Kumpulan Muhyiddin tawar jawatan, wang demi raih sokongan

16 Jun 2020, 2:37 PM
Dr M: Kumpulan Muhyiddin tawar jawatan, wang demi raih sokongan

SHAH ALAM, 16 JUN: Kalangan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dan wang bagi menambah sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mendakwa mereka yang menolak tawaran berdepan ugutan termasuk digugur dari parti secara tidak sah dan kehilangan pelbagai peruntukan.

"Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka, mereka yang terima 'cash is king' (duit adalah raja), mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu,.

"Inilah mereka yang mendirikan kerajaan sekarang," kata Mahathir dalam catatan bertajuk ‘Kerajaan Muhyiddin’ melalui blognya hari ini. Beliau turut mengucapkan syabas kepada individu yang menolak tawaran sedemikian.

Kebelakangan ini, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin melantik ramai pemimpin politik bagi mengisi hampir 40 jawatan pengerusi pelbagai agensi dan syarikat milik kerajaan (GLC), antaranya Kesedar, Majlis Amanah Rakyat, Risda, Felda dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Pemimpin politik turut dilantik mengisi jawatan pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Melaka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.