AGENDA

Kes positif Covid-19 di Indonesia 40,400, libat 2,231 kematian

16 Jun 2020, 10:48 AM
Kes positif Covid-19 di Indonesia 40,400, libat 2,231 kematian

JAKARTA, 16 JUN: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 40,000 selain merekodkan 2,231 kematian.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, republik itu mencatatkan 1,106 kes positif baharu dengan 33 lagi kematian.

"Kes positif kini berjumlah 40,400 manakala jumlah pesakit dalam pemantauan ialah seramai 13,510 orang,” dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 637 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (135) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.