ADN

ADN Dusun Tua bakal lancar Food Bank N23 di Taman Pinggiran Delima

14 Jun 2020, 9:13 AM
ADN Dusun Tua bakal lancar Food Bank N23 di Taman Pinggiran Delima

SHAH ALAM, 14 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua bakal melancarkan premis Food Bank N23 di Taman Pinggiran Delima dalam masa terdekat, kata ahli dewan negerinya.

Edry Faizal Eddy Yusof berkata insiatif mewujudkan stor itu bagi meringankan beban rakyat terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Stor Food Bank N23 sudah siap termasuk kelengkapan barangan asas juga telah diletakkan. Namun, mengenai bila beroperasi kita sedang tunggu masa yang sesuai dan akan umum tidak lama sahaja lagi," katanya kepada SelangorKini.

Edry berkata pihaknya akan membuat tapisan golongan yang layak terima bantuan bagi memastikan tidak ada yang ambil kesempatan di atas usaha ini.

"Kita juga akan mencatat butiran penerima supaya tidak ada yang meminta berulang kali sebaliknya beri peluang kepada mereka yang belum terima," kata beliau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.