AGENDA

Akar umbi KEADILAN Kapar setia dengan Anwar, MB

13 Jun 2020, 1:53 PM
Akar umbi KEADILAN Kapar setia dengan Anwar, MB

SHAH ALAM, 13 JUN: Akar umbi KEADILAN Cabang Kapar menzahirkan taat setia dan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden dan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari sebagai pemimpin utama parti itu di Selangor.

Ahli-ahli parti itu dalam kenyataan berkata mereka akan terus mempertahankan mandat rakyat pada pilihan raya umum yang lalu dan tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak yang cuba merosakkan parti.

"Atas semangat KEADILAN dan taat setia kami kepada parti dan presiden, kami akan terus mendokong prinsip keadilan dan reformasi dengan tuntas.

"Sokongan serta dokongan yang kuat oleh akar umbi akan terus menggerakkan KEADILAN Cabang Kapar," katanya.

Kepimpinan itu juga bertegas untuk memperkemas dan menguatkan Cabang Kapar bagi memastikan khidmat bakti kepada rakyat dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

"Parti KEADILAN Cabang Kapar masih kekal utuh dan komited untuk meneruskan agenda membela nasib rakyat selari dengan idealisme perjuangan KEADILAN," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.