AGENSI

Mais beroperasi semula seperti biasa mulai Isnin

13 Jun 2020, 1:04 AM
Mais beroperasi semula seperti biasa mulai Isnin
Mais beroperasi semula seperti biasa mulai Isnin

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kembali beroperasi seperti sedia kala mulai Isnin ini.

Agensi agama negeri itu dalam kenyataan memaklumkan waktu urusan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Manakala, waktu rehat pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Isnin-Khamis) dan 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat).

"Mais amat menghargai sokongan dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang ingin menyelesaikan pelbagai urusan bersama kami," katanya menerusi Facebook.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan Mais, boleh melayari laman sesawang www.mais.gov.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.