AGENDA

Selangor bincang SOP salun, pasar malam dengan PBT hari ini

9 Jun 2020, 11:49 PM
Selangor bincang SOP salun, pasar malam dengan PBT hari ini

SHAH ALAM, 10 JUN: Tatacara operasi piawai (SOP) bagi membuka semula beberapa aktiviti perniagaan di Selangor akan dikeluarkan selepas perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini.

Dato' Menteri Besar memutuskan perkara tersebut selepas menerima SOP daripada Telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara malam tadi.

"Jadi, esok (hari ini) kita akan bermesyuarat bagi melaksanakan SOP tersebut di peringkat PBT," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter malam tadi.

Sebelum itu, Amirudin memaklumkan belum menerima maklum balas daripada Putrajaya berhubung garis panduan operasi perniagaan di negeri ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan berkuat kuasa hari ini.

Pada 6 Jun lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedai gunting rambut dan salun kecantikan dibenarkan beroperasi mulai hari ini.

Kebenaran turut diberikan untuk operasi pasar pagi, pasar malam, pasar terbuka dan bazar mulai 15 Jun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.