AGENDA

Covid-19: Kes baharu catat dua digit, kematian kekal 117

7 Jun 2020, 10:02 AM
Covid-19: Kes baharu catat dua digit, kematian kekal 117

PUTRAJAYA, 7 JUN: Kes baharu Covid-19 hari ini kekal dua angka iaitu 19 kes dengan 11 daripadanya dalam kalangan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripadanya adalah kes import dan 13 kes lagi penularan dalam negara.

"Bagi penularan dalam negara, dua kes adalah bukan warganegara dan 11 kes dalam kalangan warganegara,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau memaklumkan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,322 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,531 kes.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 39 pesakit lagi berjaya sembuh menjadikan keseluruhan kes pulih ialah 6,674 (bersamaan 80.20 peratus).

"Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 117 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.