AGAMA

PKP Pemulihan: Sambutan Aidiladha, ibadah korban dibenarkan

7 Jun 2020, 8:08 AM
PKP Pemulihan: Sambutan Aidiladha, ibadah korban dibenarkan

SHAH ALAM, 7 JUN: Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata namun, ia tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) pihak berkuasa agama Islam.

"Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di media utama hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan sedang memperhalusi kebenaran membenarkan lebih ramai solat jemaah dan aktiviti keagamaan di masjid serta rumah ibadat mengikut ruang keluasan tempat berkenaan.

"Kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi dan akan diumumkan sedikit masa lagi," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.