AGENDA

Pasaraya Besar Giant kini beroperasi seperti biasa

4 Jun 2020, 8:20 AM
Pasaraya Besar Giant kini beroperasi seperti biasa

SHAH ALAM, 4 JUN: Pasaraya Besar Giant di Seksyen 13 di sini kembali beroperasi seperti sedia kala dengan langkah kebersihan dan pembersihan lebih ketat demi menjaga kesejahteraan pengunjung serta kakitangannya.

Pasar raya itu dalam kenyataan memaklumkan notis Kementerian Kesihatan (KKM) diberikan kepada mereka baru-baru ini mengenai penutupan sementara disalah tafsir kerana jangkitan kes positif Covid-19 adalah tidak benar.

"Kini kami beroperasi seperti biasa dengan kesihatan dan keselamatan pengunjung serta petugas menjadi keutamaan malah kami komited untuk kerap mengkaji langkah-langkah ini bagi memastikan Pasaraya Besar Giant mematuhi tatacara tertinggi," katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada masa sama, pihaknya turut mengingatkan pelanggan agar lebih berhati-hati menjaga kebersihan dan penjarakan sosial ketika berkunjung ke pasar raya tersebut.

"Terima kasih di atas kerjasama anda dan kami berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pengunjung Pasaraya Besar Giant di sini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.