BERITA UTAMA

Langgar syarat MBSA, dua premis dikendali warga asing diarah tutup

4 Jun 2020, 4:48 AM
Langgar syarat MBSA, dua premis dikendali warga asing diarah tutup

SHAH ALAM, 4 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarahkan dua premis perniagaan dikendali warga asing di Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U4 di sini ditutup semalam kerana melanggar syarat dan peraturan.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata arahan penutupan dibuat menerusi operasi bersepadu oleh anggota penguat kuasa Pejabat Cawangan Sungai Buloh MBSA, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"11 premis diperiksa dan dua premis ini disyaki dikelola warga asing kerana pemilik tiada semasa pemeriksaan dilakukan," kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan.

Sembilan kompaun dikeluarkan iaitu satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007 serta lapan kompaun di bawah UUK Establisymen Makanan (MBSA) 2007.

Shahrin turut mengingatkan semua pihak mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat memutuskan rantaian Covid-19 dan mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.