SELANGOR

Selamat Hari Basikal Sedunia - MB

3 Jun 2020, 2:59 PM
Selamat Hari Basikal Sedunia - MB
Selamat Hari Basikal Sedunia - MB

SHAH ALAM, 3 JUN: Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari mengucapkan Selamat Hari Basikal Sedunia buat peminat sukan berbasikal khususnya di Selangor.

"Berbasikal bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan badan dan sebagai pengangkutan yang bebas karbon, malah menyebarkan mesej tentang kesedaran terhadap menyayangi alam sekitar serta memberi impak yang positif terhadap iklim dunia," tulisnya di Facebook, hari ini.

Pada 13 April 2018, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf 3 Jun adalah Hari Basikal Sedunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.