AGENDA

MB zahir ucapan Selamat Hari Ibu Bapa

2 Jun 2020, 1:45 AM
MB zahir ucapan Selamat Hari Ibu Bapa

SHAH ALAM, 2 JUN: Dato' Menteri Besar menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu Bapa Sedunia kepada tonggak keluarga dan masyarakat khasnya di Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata mereka memainkan peranan amat besar dalam pembangunan modal insan dan orang ramai harus menghargai golongan terbabit.

"Peranan ibu bapa sangat mencabar terutama pada zaman sekarang. Sudah pasti pengorbanan yang membentuk asas masyarakat tidak akan terbalas dengan wang ringgit.

"Oleh itu, ambil sedikit masa dan hargai kedua ibu bapa yang banyak berkorban untuk kesejahteraan kita. Terima kasih ibu bapa seluruh Malaysia," katanya menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.