AGENDA

Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi 17,000

17 Mei 2020, 12:47 AM
Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi 17,000

JAKARTA, 17 MEI: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 17,000, dengan kes kematian berjumlah 1,089 orang.

Sebanyak 529 lagi kes positif baharu virus itu direkodkan bagi tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19 di Indonesia kini seramai 17,025 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari kelmarin sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 13 lagi kematian berlaku, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,089 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (183 kes), Jawa Barat (100) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.