ad
PBT

Tiga restoran kotor di Banting Baru diarah tutup

12 Mei 2020, 1:53 AM
Tiga restoran kotor di Banting Baru diarah tutup
Tiga restoran kotor di Banting Baru diarah tutup

BANTING, 11 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengarahkan tiga premis makanan di Banting

Baru di sini ditutup 14 hari kerana terlalu kotor.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat menemui najis tikus di ketiga-tiga restoran dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 hari ini.

"Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita akan sentiasa

memantau restoran dan kedai makan di daerah Kuala Langat," katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_409088" align="aligncenter" width="560"] Najis tikus yang ditemui di tiga premis makanan sekitar Banting Baru dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 dijalankan MPKL bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat pada 11 Mei 2020. Foto Facebook MPKL[/caption]

Beliau berkata pengusaha perlu menjaga kebersihan kerana pihaknya tidak teragak-agak mengambil

tindakan tegas terhadap peniaga ingkar.

Penutupan serta-merta dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan UUK 62 Undang-Undang Kecil

Establisymen Makanan (MDKL) 2007.

Mohamad Zain turut mengingatkan pemilik restoran supaya pembelian hanya melibatkan penghantaran dan pembungkusan sahaja, selaras arahan Kerajaan Negeri.