AGENDA

Patuh perintah kawalan jika tidak mampu ikut SOP PKP Bersyarat

3 Mei 2020, 1:00 PM
Patuh perintah kawalan jika tidak mampu ikut SOP PKP Bersyarat

SHAH ALAM, 3 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan pihak-pihak yang tidak mampu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) supaya kekal mengikut PKP, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun PKPB diberikan mulai esok namun semua pihak masih tertakluk dengan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Kalau ada negeri, syarikat atau perniagaan yang tidak mematuhi syarat-syarat PKPB, mereka kembali kepada PKP menggunakan Akta 342. Kita beri kelonggaran hanya mengikut SOP ditetapkan," katanya.

Beliau berkata golongan berisiko seperti warga emas perlu kekal berada di rumah dan hanya keluar jika mempunyai urusan penting bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Sebanyak 122 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan semasa adalah 6,298 kes dengan 87 orang pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.