AGENDA

Kaunter JPN beroperasi secara janji temu mulai esok

3 Mei 2020, 8:46 AM
Kaunter JPN beroperasi secara janji temu mulai esok

PUTRAJAYA, 3 MEI: Operasi kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai esok adalah secara janji temu.

Menurut kenyataan JPN hari ini, hanya pelanggan yang mempunyai janji temu dibenarkan berurusan.

Untuk penetapan janji temu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-8880 7077 atau 03-8880 8076 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Kata kenyataan itu lagi, operasi kaunter urus niaga pejabat JPN akan dibuka setiap hari bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.