AGENDA

Anwar: Jurang pendapatan isi rumah pekerja masih ketara

1 Mei 2020, 7:35 AM
Anwar: Jurang pendapatan isi rumah pekerja masih ketara

SHAH ALAM, 1 MEI: Jurang pendapatan isi rumah antara golongan kolar putih dengan pekerja kolar biru masih ketara di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden KEADILAN berkata pendapatan kasar bulanan golongan kolar putih termasuk pengurus, eksekutif dan jurutera ialah RM10,000 ke atas manakala pekerja kolar biru RM5,000 ke bawah.

“Sepatutnya hari ini kita sambut Hari Pekerja, tetapi Malaysia menghadapi beberapa masalah berkenaan pekerja. Ia termasuk pembayaran gaji yang masih rendah dan golongan muda yang tidak bekerja,” katanya ketika persidangan meja bulat Parlimen sempena Hari Pekerja pada 1 Mei lalu.

Pekerja kolar putih adalah golongan profesional yang terlibat dalam pengurusan, manakala kolar biru merujuk mereka yang berada di peringkat bawahan.

Justeru, ahli parlimen itu mahu wakil rakyat pembangkang membangkit isu tersebut pada sidang Dewan Rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.