ADN

Wakil rakyat Bukit Melawati agih bubur lambuk setiap Isnin, Khamis

28 Apr 2020, 8:36 AM
Wakil rakyat Bukit Melawati agih bubur lambuk setiap Isnin, Khamis

SHAH ALAM, 28 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mengagihkan pek bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan setiap Isnin dan Khamis sepanjang Ramadan ini, kata ahli dewan negerinya.

Juwairiya Zulkifli berkata agihan bertujuan menghargai mereka yang banyak mengerahkan tenaga mengekang penularan Covid-19.

"Edaran pek bubur lambuk juga akan diberi kepada penghuni di rumah kebajikan sekitar DUN Bukit Melawati. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat berikan kegembiraan," katanya di Facebook.

Semalam, Pejabat DUN Bukit Melawati mengedarkan 1,000 set pek bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan sekitar kawasan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.