AGENSI

Dua kedai di Kuala Kubu Bharu kena kompaun

28 Apr 2020, 6:51 AM
Dua kedai di Kuala Kubu Bharu kena kompaun

SHAH ALAM, 28 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan kompaun ke atas dua premis perniagaan di Kuala Kubu Bharu semalam.

KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan di sebuah kedai dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kerana tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.

"Pemilik premis dikompaun RM1,000 manakala di satu lagi premis dikenakan kompaun RM2,500 atas kesalahan menjual gas petroleum cecair 14 kilogram melebihi harga ditetapkan," katanya di Facebook.

KPDNHEP menasihatkan peniaga untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan manakala pengguna pula jangan melakukan pembelian panik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.