AGENSI

Pertandingan Foto Jom Baca Bersama 2020 tawar hadiah RM6,000

23 Apr 2020, 9:07 AM
Pertandingan Foto Jom Baca Bersama 2020 tawar hadiah RM6,000

SHAH ALAM, 23 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Pertandingan Foto Jom Baca Bersama 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM6,000.

Perbadanan itu memaklumkan mereka yang ingin menyertai pertandingan bertemakan `Baca dan Eratkan' berkenaan perlu menekan tanda suka pada paparan Pertandingan Baca dan Eratkan di Facebook atau Instagram serta mengikuti media sosialnya.

"Muat naik gambar aksi keluarga masing-masing yang sedang membaca ke media sosial sendiri dan letakkan tanda pagar #selangormembaca pada paparan tersebut," katanya di Facebook hari ini.

Tarikh tutup pada tengah malam 3 Mei ini manakala syarat penyertaan boleh melayari laman sesawang, www.ppas.gov.my.

Tiga pemenang utama berpeluang memenangi RM500 setiap seorang manakala RM150 bagi 30 pemenang sagu hati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.