AGENDA

Hanya satu kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini

22 Apr 2020, 11:57 AM
Hanya satu kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini
Hanya satu kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini

SHAH ALAM, 22 APRIL: Hanya satu kes baharu direkodkan di Selangor setakat jam 12 tengah hari, hari ini dan merupakan yang terendah sejak Covid-19 merebak di negeri ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitternya memaklumkan jumlah kes baharu terus menunjukkan trend penurunan ekoran keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Corak kes baharu ini menunjukkan penurunan berbanding semalam. Kes baharu terendah, jelas hasil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkesan.

"Namun, jangan leka terus patuh PKP, virus masih ada," tulis STFC hari ini.

Berdasarkan perkongsian STFC, jumlah terkumpul mangsa jangkitan dalam tempoh sama sebanyak 1,356 kes.

Secara keseluruhan kes jangkitan baharu di Selangor semakin berkurangan kecuali semalam merekodkan 11 kes manakala pada 20 April ada dua kes, 19 April (3) manakala 18 April (2).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bilangan pesakit Covid-19 yang dibenarkan keluar hospital hari ini lebih dua kali ganda berbanding bilangan kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.

"Sebanyak 103 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini manakala 50 kes baharu dilaporkan," kata Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar hariannya mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Katanya, jumlah kes positif Covid-19 secara keseluruhan kini meningkat kepada 5,532 kes manakala jumlah kematian 93 orang termasuk satu yang direkodkan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.