AGENDA

Kerja ubah suai rumah boleh disambung semula

22 Apr 2020, 8:13 AM
Kerja ubah suai rumah boleh disambung semula

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kerja mengubah suai kediaman yang terbengkalai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh disambung semula, kata menteri kanan (kluster infrastruktur).

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini kerana ia termasuk dalam projek berskala kecil dan lazimnya dilakukan kontraktor G1 dan G2 yang dibenarkan menyambung semula kerja-kerja mulai 13 April lalu.

"Tetapi syarikat kontraktor perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyambung semula kerja pembinaan yang terhenti.

"Mereka juga perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP)," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengikut peraturan ditetapkan Kementerian Kerja Raya, kontraktor G1 hanya boleh melaksanakan projek di bawah RM100,000 manakala maksimum RM500,000 untuk kontraktor G2 iaitu anggaran bagi melaksanakan kerja mengubah suai kediaman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.