AGENDA

KKM laksana dua strategi kesan penularan Covid-19

22 Apr 2020, 3:31 AM
KKM laksana dua strategi kesan penularan Covid-19

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan dua strategi bagi mengesan penularan Covid-19 dalam komuniti setempat.

Melalui Twitter, KKM memaklumkan strategi pertama adalah pengambilan sampel golongan berisiko seperti Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan Influenza (ILI) di hospital serta klinik kerajaan terpilih.

Katanya, daripada 2,699 sampel SARI diambil melalui pesakit dengan jangkitan paru-paru, sebanyak 56 kes Covid-19 dikesan atau 2.1 peratus.

"Bagi pensampelan ILI yang dijalankan sejak 23 Februari di lapan klinik kesihatan terpilih bagi mengesan jangkitan dalam kalangan komuniti, lapan kes dikesan daripada 1,280 sampel," kata KKM hari ini.

Kementerian berkata strategi kedua memfokuskan kumpulan berisiko seperti sekolah tahfiz, pekerja asing dan kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat.

"Ia melalui bancian penduduk dan pengesanan kes aktif dari rumah ke rumah," katanya.

Setakat semalam, sebanyak 5,482 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dengan 3,349 berjaya sembuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.