AGENSI

LZS sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Selayang

22 Apr 2020, 2:19 AM
LZS sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Selayang

SHAH ALAM, 22 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini menyerahkan sumbangan alat kesihatan bernilai RM160,400 kepada Hospital Selayang.

Menerusi kenyataan di Facebook, antara peralatan disumbangkan LZS adalah alat bantuan pernafasan (ventilator), monitor dan 'pump' untuk kegunaan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut.

"Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Hospital Selayang Dr Sakinah Alwi menerusi surat penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut.

"Keprihatinan dan kesudian pihak tuan menghulurkan sumbangan kepada Hospital Selayang amat dihargai dan semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang," katanya.

Surat penghargaan tersebut turut dikongsikan LZS di Facebooknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.