AGENSI

Helikopter padam api di hutan Kuala Langat

21 Apr 2020, 6:17 AM
Helikopter padam api di hutan Kuala Langat

SHAH ALAM, 21 APRIL: Kira-kira lima daripada 65 hektar kawasan terbakar di Kompartmen 21, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sudah berjaya dipadamkan setakat ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Norazam Khamis berkata operasi memadamkan kebakaran bermula sejak Sabtu lalu kini ditingkatkan menerusi kaedah memadamkan api menggunakan helikopter yang bermula pagi tadi.

"Kita sudah melakukan empat pemadaman menerusi udara di sebelah pagi dan empat lagi pada sebelah petang. Jabatan Perhutanan negeri turut menambah empat lagi jenteranya bagi operasi memadam api.

"Kita akan lihat hasilnya selepas petang ini dan baru dapat membuat sasaran tempoh perlu diambil untuk memadamkan keseluruhan kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cuaca panas dan kering dipercayai menjadi punca kebakaran di hutan simpan itu yang bermula Sabtu lalu namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia angkara pencerobohan.

Sementara itu, Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata siasatan masih dijalankan bagi mencari punca kebakaran termasuk mengenal pasti pihak yang melakukannya.

"Paling penting kita padam api terlebih dahulu bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan berhampiran," katanya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.