AGENSI

Polis Klang tahan 23 individu ingkar PKP

20 Apr 2020, 3:21 AM
Polis Klang tahan 23 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 20 APRIL: Seramai 23 individu ditahan sekitar Taman Sentosa, Klang pagi tadi kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan melalui Facebook memaklumkan semua individu terbabit ditahan Pasukan Cantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan.

“Mereka ditahan sekitar Taman Sentosa pada waktu awal pagi. Kesemua individu yang ditahan tidak dapat memberikan alasan munasabah untuk berada di luar rumah pada waktu PKP fasa ketiga sedang dilaksanakan," kata kenyataan itu.

Semua yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.