AGENSI

Khemah ranap, polis wanita cedera ketika laksana PKP

19 Apr 2020, 1:52 AM
Khemah ranap, polis wanita cedera ketika laksana PKP

SHAH ALAM, 19 APRIL: Seorang anggota polis wanita cedera di kepala selepas terkena khemah yang ranap susulan hujan lebat dan ribut di Petaling Jaya, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui kenyataan di Facebook berkata kejadian di pos kawalan di Plaza Tol Kota Damansara berlaku ketika anggota tersebut bersama beberapa yang lain menjalankan operasi sekatan jalan raya.

"Ini adalah sebahagian pengorbanan yang dilalui oleh anggota keselamatan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata kenyataan itu.

Polis bersama tentera kini giat memantau pematuhan PKP untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.