AGENSI

Yide-Pizza Hut bakal kerjasama, sumbang makanan kepada anak yatim

19 Apr 2020, 12:19 AM
Yide-Pizza Hut bakal kerjasama, sumbang makanan kepada anak yatim

KLANG, 19 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) sedang memuktamadkan perbincangan dengan Pizza Hut Malaysia untuk memberi sumbangan makanan kepada rumah anak yatim sempena Ramadan.

Penolong Pengurus Perancangan Strategiknya Muhammad Hafiz Bahari berkata rumah anak yatim seliannya turut mendapat perhatian syarikat pengeluar gula Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR).

"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Yide turut mengagihkan bantuan makanan seperti beras, susu pekat, tepung, minyak, ikan dan ayam kepada rumah anak yatim tersebut," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata sehingga kini, Yide menyelia 17 rumah anak yatim dan sedang menganalisis bilangan penghuni dan rumah yang beroperasi kerana kebanyakan ditutup ketika PKP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.