AGENSI

Ingkar PKP, lima individu ditahan di Hulu Selangor

18 Apr 2020, 11:59 PM
Ingkar PKP, lima individu ditahan di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 19 APRIL: Seramai lima individu ditahan di Hulu Selangor semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Pasukan petugas dan rondaan cegah jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Rasa dan Batang Kali.

“Kesemua individu ditahan tidak dapat memberikan alasan munasabah untuk berada di luar rumah pada waktu PKP fasa ketiga sedang dilaksanakan,” kata pihak berkuasa itu di Facebook malam tadi.

“Individu berkenaan ditahan reman untuk siasatan lanjut.”

Polis Selangor dari 18 Mac hingga 14 April lalu menahan seramai 2,225 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,050 dituduh di mahkamah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.