AGENSI

Lebih banyak kawasan terjejas terima bekalan air

18 Apr 2020, 7:15 AM
Lebih banyak kawasan terjejas terima bekalan air

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sebanyak 1,201 kawasan menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Abdul Halem Mat Som berkata antara kawasan tersebut ialah Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling dan Kuala Selangor manakala Gombak hampir 100 peratus.

"Sebanyak 94 peratus akaun pengguna terjejas sudah pulih sepenuhnya manakala 92 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.

“Di Kuala Langat, hanya 15 peratus pulih sementara di Klang dan Shah Alam membabitkan 86 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor menjangkakan masalah tersebut selesai tengah malam ini sementara bantuan lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas.

Kelmarin, Loji Rawatan Air Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Dalam sidang media semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pencemaran berpunca daripada kolam ternakan ikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.