AGENDA

Dewan Rakyat bersidang sehari 18 Mei ini

18 Apr 2020, 12:15 AM
Dewan Rakyat bersidang sehari 18 Mei ini

SHAH ALAM, 18 APRIL: Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei ini, menurut notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat, semalam.

Notis itu memaklumkan sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 tersebut akan membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja.

"Sehubungan itu, tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas. Oleh yang demikian, semua pemberitahuan tersebut tidak perlu dihantar untuk mesyuarat ini," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyampaikan titah Diraja ketika merasmikan Parlimen jam 10 pagi pada hari berkenaan.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 Disember 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.