AGENSI

Petugas kesihatan Selangor terima 1,800 cermin mata keselamatan

17 Apr 2020, 9:03 AM
Petugas kesihatan Selangor terima 1,800 cermin mata keselamatan

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima 1,800 cermin mata keselamatan kitar semula sumbangan anak syarikat Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) .

JKNS menerusi Facebook memaklumkan sumbangan MyAngkasa Optikal Sdn Bhd akan diagihkan ke beberapa premis kesihatan di negeri ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Presiden Angkasa, Dato' Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah JKNS Dato' Indera Dr Sha'ari Ngadiman di Wisma Sunway di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Selangor, Prof Dr Mansor Ahmad dan Pengerusi Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad, Dato' Dr Kannan.

Komitmen pasukan barisan hadapan yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 amat dihargai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.