AGENDA

Permainan siber kutip RM36,488, masuk Tabung Covid-19

17 Apr 2020, 7:35 AM
Permainan siber kutip RM36,488, masuk Tabung Covid-19

SHAH ALAM, 17 APRIL: Penganjuran Kejohanan Permainan Siber Selangor (SCG) 2020 berjaya mengutip RM36,488 buat Tabung Covid-19 negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana berkenaan dikumpul melalui yuran penyertaan dan sumbangan dalam talian sepanjang SCG 2020 berlangsung.

“Kerajaan Selangor menyambut baik sumbangan dan derma yang diberikan peminat e-sukan bagi sama-sama membantu menangani Covid-19,” kata beliau pada sidang media di kediaman Dato' Menteri Besar di sini hari ini.

Menurut Amirudin, SGC yang dianjurkan sejak 2014 terus mendapat sokongan peminat e-sukan terutamanya golongan muda.

“Kita harap SGC akan terus menjadi penggerak pembangunan industri e-sukan di negara ini,” katanya.

Sebanyak 4,255 peserta menyertai SGC 2020 yang berlangsung 8 dan 9 April lalu dengan 512 pasukan mengambil bahagian dalam acara PUBG Mobile manakala 339 pasukan lagi menyertai acara Mobile Lagend: Bang Bang (MLBB).

Pasukan NED Brotherhood memenangi kategori PUBG Mobile manakala MLBB dimenangi pasukan Team Bosskurr.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.