AGENSI

Status penilaian sekolah agama, Selangor tunggu cadangan Jais

17 Apr 2020, 7:14 AM
Status penilaian sekolah agama, Selangor tunggu cadangan Jais

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengemukakan pelan dan rancangan berkenaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) sama ada ditangguh atau dibatalkan, kata Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat EXCO, selewat-lewatnya minggu depan.

“Kita akan menilai cadangan yang dikemukakan Jais nanti,” katanya pada sidang media di kediaman Dato' Menteri Besar hari ini.

Terdahulu beliau ditanya sama ada peperiksaan PSRA di negeri itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Sebelum ini, Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata tarikh PSRA kekal seperti dijadualkan iaitu pada 21 hingga 25 September.

Rabu lalu, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Ia susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.