PBT

Bengkel di Shah Alam dibenar operasi 9 pagi hingga 4 petang

16 Apr 2020, 7:05 AM
Bengkel di Shah Alam dibenar operasi 9 pagi hingga 4 petang

SHAH ALAM, 16 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menetapkan bengkel kenderaan di sekitar bandar raya itu dibenarkan beroperasi mulai 9 pagi hingga 4 petang.

Pihak berkuasa tempatan tersebut memaklumkan tempoh berkenaan berkuat kuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang berakhir 28 April depan.

"Kepada semua pelesen, pekerja, pengunjung dan pembeli, mereka harus mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai penutup mulut serta hidung dan menggunakan cecair pembunuh kuman," katanya menerusi Twitter di sini hari ini.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 MBSA dibuka bermula 9 pagi hingga 4 petang di talian terus 03 55222702/2800/2821/2820 atau talian am 03 55105133 sambungan 1515.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.