AGENDA

MB: Peniaga boleh daftar mohon bantuan RM500 sehingga Jun

16 Apr 2020, 6:51 AM
MB: Peniaga boleh daftar mohon bantuan RM500 sehingga Jun
MB: Peniaga boleh daftar mohon bantuan RM500 sehingga Jun

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato' Menteri Besar menyeru peniaga kecil berlesen yang menyewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) memohon bantuan insentif RM500 sekali bayar di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin yang dibuka sehingga Jun ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju meluaskan pemberian insentif kepada peniaga kecil di pasar awam, pasar tani, gerai, medan selera dan kios yang dikendalikan PBT di negeri ini.

"Sila daftar di www.selangorprihatin.com dan kita akan panjangkan tempoh penerimaan serta pendaftaran sehingga Jun 2020.

"Selain daripada kategori baharu ini, kita dapati masih ada belum mendaftar...masih boleh mendaftar sekarang untuk mendapatkan bantuan one off (sekali bayar) RM500 ini," katanya pada video disiarkan di Facebooknya di sini hari ini.

Menerusi Twitter pula Amirudin berkata, setakat ini seramai 17,000 peniaga berlesen di negeri ini telah menerima bantuan RM500 tersebut dan berharap tidak akan ada yang tercicir.

Ketika membentangkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin fasa satu pada 20 Mac lalu, Amirudin mengumumkan dana RM40 juta untuk melaksanakan insentif khas kepada peniaga dan penjaja berlesen yang terkesan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  kerana penularan wabak Covid-19.

Kerajaan Negeri menyasarkan 80,000 peniaga dan penjaja berlesen akan menerima manfaat tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.