AGENSI

Yide hulur sumbangan kepada mangsa rumah terbakar

16 Apr 2020, 12:17 AM
Yide hulur sumbangan kepada mangsa rumah terbakar

KLANG, 16 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) memberi sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga berikutan rumah mereka di Taman Seri Pinang, Batu Belah di sini terbakar pada 11 April lalu.

Sumbangan disampaikan Pengurus Operasinya Md Ariffin Jaafar ketika mengunjungi mereka pada Isnin lalu.

"Dalam kesungguhan kita mengagihkan bantuan kepada petugas barisan hadapan, Yide tetap tekad membantu mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka," katanya dalam kenyataan semalam.

Difahamkan, kebakaran itu akibat litar pintas di bilik tidur utama dan memusnahkan 90 peratus barang kediaman melibatkan kerugian hampir RM80,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.