AGENDA

SPM, STAM dan SVM ditunda awal tahun depan

15 Apr 2020, 8:36 AM
SPM, STAM dan SVM ditunda awal tahun depan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan, kata menteri kanan kluster pendidikan.

Dr Mohd Radzi Jidin berkata tarikh peperiksaan semester dua bagi Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) juga diubah kepada Ogos manakala semester tiga pada suku pertama tahun depan.

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

"Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi. Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021," katanya pada sidang media hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.