PBT

Operasi bersepadu tahan 29 individu ingkar PKP

15 Apr 2020, 2:17 AM
Operasi bersepadu tahan 29 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 29 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan dalam Operasi Bersepadu Covid-19 di beberapa lokasi sekitar Subang di sini malam tadi.

Operasi dijalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh serta Pejabat Tanah dan Daerah Petaling itu menumpukan kawasan antaranya Kampung Melayu Subang, Kampung Baru Subang, Subang Perdana dan Subang Permai.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata tangkapan membabitkan 13 lelaki dan dua wanita warga tempatan serta 14 warga asing termasuk Bangladesh dan Myanmar.

“Kesemua mereka telah dikenakan tindakan kompaun oleh polis kerana melanggar PKP,” katanya.

Selain itu katanya, warga Shah Alam diminta untuk kekal berada di rumah dan patuh kepada PKP yang kini memasuki fasa tiga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.