AGENDA

Permohonan bekalan air masih dibuka dalam tempoh PKP

15 Apr 2020, 12:26 AM
Permohonan bekalan air masih dibuka dalam tempoh PKP

SHAH ALAM, 15 APRIL: Permohonan akaun baharu bekalan air dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dibuka, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Abdul Halem Mat Som berkata walaupun kaunter perkhidmatan ditutup, orang ramai boleh menghantar borang permohonan ke emel wecare@airselangor.com.

"Perkhidmatan Air Selangor beroperasi seperti biasa tetapi tiada bacaan meter dilakukan sehingga 28 April depan," katanya kepada SelangorKini.

Abdul Halem meminta pelanggan menggunakan kemudahan aplikasi WhatsApp untuk menerima bil yang pendaftarannya sudah dibuka sejak 1 April.

"Penggunaan WhatsApp amat mudah memandangkan ia banyak digunakan untuk pelbagai tujuan, jadi untuk membuat rujukan bil air, ia lebih pantas," katanya.

Justeru anda boleh mengemas kini maklumat di laman sesawang http://update.airselangor.com untuk menetapkan kaedah penerimaan bil melalui WhatsApp.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai bekalan air, pelanggan boleh menghubungi talian 15300, WhatsApp di 019-280 0919 atau 019-281 6793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) dan laman web Air Selangor (www.airselangor.com).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.