AGENSI

SAY cari tukang jahit buat alat lindungi petugas Hospital Shah Alam

13 Apr 2020, 8:13 AM
SAY cari tukang jahit buat alat lindungi petugas Hospital Shah Alam

SHAH ALAM, 13 APRIL: Organisasi Selangor Youth Community (SAY) memohon orang ramai yang mempunyai kemahiran menjahit menyertai mereka untuk menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas di Hospital Shah Alam.

Program dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dibuat bagi memastikan kakitangan barisan hadapan mempunyai cukup alat PPE ketika bertugas melawan ancaman Covid-19.

“Kami mencari tukang jahit di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya yang sudi membantu menjahit PPE buat kakitangan di Hospital Shah Alam,” kata SAY menerusi Instagram.

Mereka yang berminat boleh hubungi SAY di talian 012-354 3754 atau 013-511 4647 untuk maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.