AGENDA

KWSP lanjutkan tarikh bayaran caruman wajib majikan

13 Apr 2020, 3:44 AM
KWSP lanjutkan tarikh bayaran caruman wajib majikan

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac (caruman April 2020) dari 15 April kepada 24 April 2020.

Keputusan itu diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesannya terhadap aktiviti perniagaan di negara ini, kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

“Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP iaitu eCaruman dalam portal i-Akaun (Majikan), perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik,” kata KWSP.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.